Contact Us

For any enquiries, kindly contact us at:

Address

Chocolate Mould Resources Sdn.Bhd,
Lot 139, Jalan Nilai Square 4, Nilai Square Commercial Center,
71800 Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Telephone

+6016-232 6707 OR +6012-247 2707
(Mr. Ross Albakri)

Email & facebook

cmr.chocolatemould@gmail.com

cmr.chocmould@gmail.com


Handmade Chocolate Courses

     

         Selain mengeluarkan produk berkaitan pembungkusan coklat dan biskut, CMR melangkah lagi setapak dengan menyediakan kelas bagi Kursus Pembuatan Coklat Tangan khusus untuk para usahawan, Penggemar coklat ataupun mereka yang berminat untuk mendalami cara membuat coklat dengan betul di samping turut memperkenalkan beberapa kaedah yang praktikal dalam pembuatan coklat.

     Tenaga Pengajar bagi kursus ini adalah Chef Ina, beliau merupakan seorang pakar yang berpengalaman luas mengenai industri coklat.
     
     Kelas yang disediakan adalah selesa dan kondusif serta dilengkapi dengan aircond, LCD Projector dan Chiller untuk kemudahan para peserta kursus.  
     
     Disamping itu, CMR menjaga kualiti sistem pembelajaran dengan mengambil peserta kursus terhad seramai 12 orang sahaja. Sepanjang kursus, setiap peserta boleh membuat coklat secara "hand on" dan amali dengan kemudahan yang disediakan. 

      Apa yang penting ialah peserta yang hadir kursus pasti akan berpuas hati dengan apa yang telah dipelajari dan boleh menghasilkan sendiri coklat buatan tangan untuk manfaat masing-masing.
  
------------------------------------------    
Info mengenai Kursus :

Yuran : RM250 - (Basic)
                 RM300 - (Advance)
Masa : 9am-5pm
Tarikh : Weekend (belum ditetapkan)
Tempat : Kilang CMR, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

 *Peserta akan  mendapat Starter kit yang merangkumi acuan, scraper, sudip dan coklat blok.
*Minum pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan
*Peserta akan mendapat Sijil Penyertaan
------------------------------------------

Sebarang pertanyaan mengenai kursus boleh diajukan terus kepada : 
En. Amali :+6012-232 2037  atau En. Amran+6012-601 3453
Fax : +606-7997917


Berikut dipaparkan beberapa gambar yang diambil semasa aktiviti kursus berlangsung ;-)




Chef Ina (Tenaga Pengajar)

• Beliau berpengalaman selama 15 tahun dan pakar dalam industri coklat.
• Mempunyai Bach.Sains dan sedang menyiapkan Masterof Sains.
• Menjalani Latihan Teknologi Coklat selama 3 bulan dan kursus Lanjutan 10 hari di German.
• Menjadi Tenaga Pengajar di CMR.




Ruang kelas yang praktikal dan luas ini memberi keselesaan kepada peserta kursus untuk mempelajari cara membuat coklat sendiri.




Peserta yang hadir sedang kusyuk mendengar "Briefing" daripada Chef Ina tentang cara membuat Coklat dengan baik.


Masing-masing tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Chef Ina yang pakar dan berpengalaman dalam pembuatan Coklat.



Ini adalah salah satu daripada teknik cara pembuatan coklat yang dipelajari di sini..










Para Peserta Kursus yang hadir menyiapkan Coklat mengikut kretiviti dan citarasa masing-masing.



Nampak gayanya, peserta lelaki juga tidak kurang hebatnya menunjukkan kretiviti masing-masing..

 Kelihatannya, abang-abang ini tengah menyiapkan "Packaging" atau Pembungkusan Coklat.









Coklat yang telah siap akan dibungkus dengan foil bagi menjamin kualiti dan kebersihan coklat.








Nampaknya coklat yang dibuat telah hampir siap, masing-masing berpuas hati dengan hasil kerja yang diperolehi. Coklat bakal dibawa pulang untuk dinikmati sekeluarga. ;-)

Setinggi-tinggi penghargaan buat peserta yang hadir pada setiap kursus di CMR..Semoga kalian semua akan memperolehi kebaikan dan manfaat daripada Kursus tersebut..
Selamat Maju Jaya!! :-)